White Lotus

---> Dari TELINGA jatuh ke HATI , itulah WANITA . mudah terpesOna dengan apa yang didengarinya . Akibatnya wanita sering TERTIPU antara pujian hakiki dan TIPU HELAH perangkap lelaki .
---> Dari MATA jatuh ke hati, itulah LELAKI mudah terpesona dengan apa yang dilihatnya, hingga kerap TERKELIRU antara indah hakiki dan palsu .

Oleh sebab itu, wanita perlu BERHATI-HATI dengan UCAPAN LIDAH yang didengarnya dan lelaki perlu MENJAGA PANDANGANNYA .


Wednesday 18 January 2012

Sahabatku Sampai Dunia Akhirat








Alhamdulillah....pada dingin pagi  ini,Allah masih beri saya bernafas dengan nikmat NYA yang tak dapat untuk saya ungkapkan dengan kata-kata..MAHA SUCI ALLAH TUHAN SEKALIAN ALAM yang memberikan nikmat ini untuk saya terus berdiri menghirup udara pagi di bumi penuh kecintaan saya ini...kalau nak tahu dekat mana boleh la saudara/saudara berkunjung ke bumi borneo ini & rasakan sendiri betapa indahnya suasana yang tidak akan anda dapat rasai dekat tempat lain tapi tanah rendah sekebun bunga tempat tumpahnya  darah saya itu, tak akan saya lupakan walaupun nun jauh di pantai timur...


Tiba-tiba saya tak dapat tidur pula,puas saya try untuk melelapkan mata tapi dek kerana terkilan & rasa bersalah terhadap seorang kawan, saya jadikan blog ini sebagai penghubung untuk menjadi pengganti diri saya bila saya tiada & tidak sempat untuk mengungkap kata maaf  kepadanya & berjumpa dengannya nanti...

Ketahuilah,saya mengangap kalian semua sebagai saudara sedarah sedaging saya sendiri  wahai teman,janganlah kamu meratapi walau saat ini,masa ini & keadaan ini saya tidak dapat hadir di atas segala undangan dari kalian semua..mungkin Allah lebih mengetahui segala yang tersirat.Kita sebagai manusia perlu terima...sebab itu saya lebih suka berdiam daripada membuat sebarang  janji kerana  keadaan akan menjadi lebih parah lagi kepada sebelah pihak....





saya tidak pernah melupai sahabat-sahabat saya walau di mana berada ketahuilah saya mahukan ukhwah ini sentiasa terjalin sehinggalah tiada lagi nafas & udara mengalir kedalam setiap ruang tubuhku hatta sampai ke alam seterusnya pun saya mohon kepada Allah agar kita semua akan dipertemukan lagi walau dalam apa jua cara sekalipun...Mohonlah kepadaNYA supaya segala hajat kita terlaksana & di permudahkanNYA.

Akhir kata,tidak ada kata yang dapat mengambarkan perasaan hati saya mengenali kalian semua.Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa kalian semua semasa mengenali diri yang serba kekurangan ini dalam setiap perkongsian & kepercayaan yang di berikan kepada saya selama ini...semoga Barakah Allah sentiasa berada dengan kalian semua.saya mendoakan supaya kalian di berikan kesihatan jasad,di murahkan rezeki & dapat menjalankan tugas yang di amanahkan dengan lebih baik walau dalam apa jua keadaan....ketahuilah setiap ujian itu ada hikmah tersembunyi di sebaliknya yang akan kita perolehi nanti.Insyaallah..itulah yang di janjikan oleh Allah apabila kita sabar dalam menempuh segala ujian yang di berikan keatas kita :)

Thursday 12 January 2012

Tampillah cantik, cantik iman, cantik batin, cantik hati, kerana itu lebih abadi


Saudari, kamu cantik sekali
Tapi hanya di mata manusia. Sedangkan yang Maha Kuasa tak pernah memandang rupa atau pun bentuk tubuh kita. Namun Dia melihat pada hati dan amal-amal yang dilakukan hamba-Nya.

Saudari, kamu cantik sekali

Tapi cantik luaran tak akan pernah abadi. Saat ini kita boleh berbangga dengan kemolekan wajah ataupun bentuk tubuh. Namun beberapa waktu nanti, saat wajah telah keriput, rambut pun kusut dan berubah warna putih, tubuh tak lagi tegap, membongkok dimakan usia, tak akan ada lagi yang boleh dibanggakan. Lebih-lebih jika telah memasuki liang lahad, tentu tiada manusia yang mahu mendekat.

Saudari, kamu cantik sekali

Tapi kecantikan hanyalah pemberian dan untuk apa dibangga-banggakan? Sesungguhnya kecantikan patut disyukuri dengan cara yang baik. Mensyukuri kecantikan bukanlah dengan cara mempamerkan gambar atau membandingkan rupa, sedangkan hakikatnya wajah itu bukan milik kita.

Tidakkah engkau rimas bila banyak mata lelaki yang memandang berhari-hari? Tidakkah engkau malu ketika wajahmu dinikmati tanpa kebenaran engkau sendiri yang menayang gambar. Ataukah rasa malu itu telah punah musnah? Betapa sayangnya jika demikian sedangkan ia sebahagian dari keimanan.


Saudari, kamu cantik sekali

Tapi apa manfaat pujian dan kekaguman seseorang? Adakah ia akan menambah pahala dari-Nya? Adakah darjatmu akan meninggi di sisi Ilahi setelah dipuji? Tiada yang menjamin wahai ukhti. Mungkin malah sebaliknya, wajah cantik itu menjadikanmu tiada harga di hadapan-Nya, kerana kamu tak mampu memelihara sesuai dengan ketentuan-Nya.

Saudari, kamu cantik sekali

Kecantikan itu harta berharga bukan barang murah yang boleh dinikmati dengan mudah. Dimana nilainya jika setiap mata begitu leluasa memandang cantiknya rupa. Dimana harganya dan kehormatan sebagai hamba Tuhan jika setiap orang, baik ia seorang kafir, musyrik atau munafik begitu mudah menikmati wajah para muslimah?

Saudari, kamu cantik sekali

Alangkah indah jika kecantikan luaran itu dipadu dengan kecantikan hatimu. Apalah erti cantik rupawan bila tak memiliki keimanan. Apalah guna tubuh molek memikat bila tiada rasa malu yang lekat. Cantikkan dirimu dengan cahayaNya. Cahaya yang bersinar dari hati benderang penuh keimanan. Hati yang taat sentiasa patuh pada syariat. Hati yang taqwa, yang selalu menjalankan perintah dan menjauhi larangan-Nya. Hati yang sederhana, yang tak berlebihan dalam segala urusan dunia.

Maka tampillah cantik di hadapan Penciptamu kerana itu lebih bererti daripada menampilkan kecantikan pada manusia yang bukan muhrimmu. Tampillah cantik di hadapan suamimu, kerana itu adalah sebahagian dari jihadmu. Mengabdi pada manusia yang kamu kasihi demi keredhaan Ilahi.

Duhai pemilik hati yang DUKA!!!

Untuk yang sedang bersedih

Beramalah kerana Allah, agar peluhmu tidak sia-sia. Jangan kau hentikan amalmu kerana banjir airmata kecewa yang menghalang jalanmu. Sesungguhnya Allah tidak pernah luput hitungannya. Dia akan meninggikan setiap hamba yang jatuh bangun menyempurnakan pengabdian padaNya.


Wahai jiwa yang sedang layu…


Panjangkanlah sujudmu di malam-malam sunyi. Agar kau tahu bahawa keindahan tetap bersemayam di hati orang-orang yang mendapati cinta Illahi. Dan menangislah sepuasnya… ketika hanya ada kau dan Dia. Adukan sahaja segala resahmu. Sebab dialah yang memiliki jawapannya.


Wahai jiwa yang sedang dirundung gelisah…


Jangan pernah berhenti mendengarnya bertutur. Walau ceritanya merobek-robek harapan yang sedang kau tumbuhkan. Kadangkala manusia tidak mengenal dirinya sendiri bukan? Dengarlah nasihat seorang bijak, tentang seseorang yang sedang mencari kebahagiaan. Kebahagiaan hanya akan diperoleh dengan banyak memberi.


Untukmu yang sedang luka..


Jangan pernah engkau hentikan lantunan ayat-ayat cinta. Sekalipun suaranya tenggelam tertelan riuh desakan air mata. Kau tidak akan pernah tahu siapa yang akan terubat dengan lantunanmu. Maka teruskanlah nyanyian sucimu.


Hai pemilik hati yang patah..


“…yang kau sayang selalu sahaja menerbitkan kesedihan hatimu..” Percayalah bahawa cinta dapat ditumbuhkan dimana saja. Jika hati diumpamakan pintu, adalah wajar jika kita mengetuk pintu yang salah. Insya Allah, Kau yang akan menemukan pintumu. Mintakan pada Dia yang Menebar Cinta!


Kawanku yang dicintai Allah..


Hidup ini hanyalah permainan yang harus kita mainkan dengan sungguh-sungguh. Maka, tiada gunanya berlama-lama dalam duka. Duka yang bertahun hanya akan membuatmu buta akan banyak kebahagiaan yang disajikan Allah padamu. Duka yang kau genggam akan membuatkan mu jauh dari rasa syukur.


Ini untukmu yang sedang bersedih
...Dalam rangka menasihati diri sendiri :)

carilah kebahagian untuk menuju kampung akhirat

BERAPA ramai manusia yang hanyut kerana duniawi; mereka terus berkhayal, umur yang semakin meningkat tidak dihiraukan sehinggakan hidup mereka hampa dan merugikan.Begitulah apabila hati sudah ‘jatuh hati’ dengan dunia sehingga melupakan akhirat. Kita semua mengetahui, kesempatan hidup di dunia ini hanya sementara.

 Janganlah nafsu dunia saja di turutkan kerana pada satu masa nanti kita pasti akan ‘berpisah’ dengannya. Kematian, berlaku setiap hari malah mungkin ada di kalangan kaum keluarga, sanak saudara atau teman rapat kita sudah dijemput menghadap Ilahi.Bermakna urusan mereka di dunia ini sudah selesai. Yang terus subur ialah amalan yang mereka lakukan ketika hidup dulu; jika baik mereka pasti ‘pulang’ dengan aman dan mendapat keuntungan. 

 Kehidupan di dunia sebenarnya tempat persinggahan sementara untuk manusia mengutip bekalan secukupnya sebelum menuju ke destinasi terakhir dan kekal abadi iaitu akhirat.Imam Al-Ghazali berpesan: “Ketahuilah bahawasanya dunia ini adalah tempat singgah untuk sementara waktu, bukan tempat tinggal yang sebenarnya, sedangkan manusia di dalamnya selaku musafir yang sedang berkelana. Awal pertama manusia singgah dalam perut ibunya, dan yang terakhir manusia singgah di liang kubur. Manusia masih dalam perjalanan, dan yang dituju adalah kampung halaman yang kekal, iaitu (kampung akhirat).

Kebahagiaan di akhirat tidak mungkin dinikmati tanpa melakukan amalan baik ketika di dunia seperti menafkahkan harta di jalan Allah, bersedekah, berzakat serta melaksanakan ibadah wajib seperti solat.Umat Islam perlu sentiasa berwaspada agar tidak berlaku pengabaian antara kedua-dua tuntutan berkenaan dalam kehidupan seharian.

Sebagai iktibar, pada zaman Nabi Musa ada seorang lelaki yang kaya raya bernama Qarun. Dia adalah manusia yang sangat bakhil serta derhaka terhadap perintah Allah sehingga hartanya yang banyak itu tidak sedikit pun mendatangkan manfaat dalam hidupnya.
Di dalam Al-Quran disebutkan mengenai kekayaan Qarun; dia seorang yang berlagak di hadapan orang ramai malah ramai yang ingin menjadi sepertinya dengan memiliki rumah besar serba indah dengan perkakasan mewah serta pakaian yang indah-indah.Disebabkan sifat bakhil yang menebal dalam dirinya itu menghalang dia daripada berzakat untuk diberikan kepada mereka yang berhak.Dia menyangka seolah-olah akan kekal dengan kekayaannya itu dan terus bersikap sombong. Qarun lupa kekayaan yang dimilikinya itu adalah kurniaan Allah. Akhirnya Qarun diseksa oleh Allah dengan rumah serta hartanya terkubur sekali bersama. Allah berfirman yang bermaksud: “Kemudian Kami benamkan Qarun itu berserta rumahnya ke dalam tanah, maka tiada satu kaum yang dapat menolongnya selain dari Allah, sedang ia tidak mendapat pertolongan apa-apa.” (Surah Al-Qashash ayat 81).

Ketahuilah apabila kita ditimpa penyakit, itu sebenarnya kita sedang diuji dengan kesabaran dan reda. Begitu juga apabila kita hidup dalam kesusahan, kita sedang diuji dengan kekufuran dan jika menjadi kita kaya raya, ingatlah itu bentuk ujian bagi melihat sama ada kita bersyukur, dan kuat bersedekah atau hidup dalam kesombongan. Umat Islam perlu sentiasa berwaspada agar tidak berlaku pengabaian antara kedua-dua tuntutan berkenaan dalam kehidupan seharian.“Sememangnya dunia begitu dekat dengan manusia. Syurga pula perkara kemudian yang tidak nampak dengan mata kasar manusia tetapi di dalamnya penuh dengan kelazatan dan kenikmatan.

“Dunia adalah mazratul akhirat (jambatan menuju akhirat). Amalan manusia di dunia akan menentukan nasib di akhirat sama ada mereka menuju ke syurga atau neraka,”manusia barangkali berebut-rebut melakukan amalan soleh jika dapat mengetahui serta memeriksa baki dalam akaun simpanan mereka.

“Jika Allah memberi peluang kepada kita ‘menyemak’ pahala seperti  sudah tentu kita mengetahui banyak mana amalan yang sudah kita dilakukan selama ini,”untuk sampai ke syurga sememangnya manusia akan terus diuji dengan pelbagai cabaran.“Benar, manusia akan berasa kehilangan apabila mereka jauh dengan dunia. Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 155 hingga 157 yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami uji manusia itu dengan bermacam-macam ujian, adakalanya dengan ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, kematian dan kekurangan buah-buahan, berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar atas cubaan itu. Iaitu orang-orang yang ditimpa musibah (malapetaka) mereka berkata: “Sesungguhnya kami ini kepunyaan Allah dan akan kembali kepada-Nya, untuk mereka rahmat dari Tuhannya serta anugerah dan mereka itu mendapat petunjuk.”

“Jelas kepada kita ujian yang didatangkan kepada kita memang payah untuk melaksanakannya kerana agama ini sifatnya berlawanan dengan nafsu.“Jadi untuk menjadi seorang yang baik, berdamping dan duduklah sekali dengan mereka yang suka melakukan kebaikan,” di dalam Al-Quran terdapat sebanyak 115 kali perkataan dunia dan akhirat dinyatakan iaitu “Perlu ada keseimbangan antara dunia dan akhirat namun Islam meletakkan akhirat terlebih dahulu. Dalam Surah Al-Qashash ayat 77 yang bermaksud:

“Dan carilah apa yang dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) kampung akhirat, dan jangan kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada manusia), sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu dan janganlah kamu berbuat bencana di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak mengasihi orang-orang yang berbuat bencana.” “Sebab itu, setiap kali bangun daripada tidur kita perlu menyoal beberapa soalan iaitu siapa diri kita, untuk apa kita berada di dunia ini dan ke mana kita akan pergi selepas ini,” anak muda terutamanya perlu sentiasa mendidik hati mereka dengan kecintaan terhadap penghidupan akhirat.

“Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Dua nikmat yang manusia sering lupa dan alpa ialah kesihatan dan waktu atau usia yang Allah berikan. (Riwayat Bukhari dan Muslim).“Ujian terhadap orang muda ialah mereka tidak ada rasa tanggungjawab sehingga menyebabkan matinya perasaan. Mereka perlu segera bangkit dan sedar kenapa mereka lahir sebagai seorang Muslim? “Jangan terus hanyut dengan masalah sosial serta mengamalkan hiburan secara berlebihan kerana sekarang orang bukan Islam melihat orang Islam tidak berakhlak. “Jadilah seperti Usamah Zaid, Fatimah Az-Zahrah dan Mus’ab Umair yang menjadi individu penting yang memperjuangkan Islam,”

Mencintai Seseorang Yang Tidak Sempurna Dengan Cara Yang Sempurna


Ketika kita bertemu orang yang tepat untuk dicintai,Ketika kita berada di tempat pada saat yang tepat,Itulah kesempatan...

Ketika kita bertemu dengan seseorang yang membuatkan mu tertarik, Itu bukan pilihan itu kesempatan.

Bertemu dalam suatu peristiwa bukanlah pilihan ,Itupun adalah kesempatan .


Bila kita memutuskan untuk mencintai orang tersebut,Bahkan dengan segala kekurangannya,Itu bukan kesempatan, itu adalah pilihan.


Ketika kita memilih bersama dengan seseorang walaupun apapun yang terjadi,Itu adalah pilihan.Pilihan yang harus kita lakukan.


Bahkan ketika kita menyedari bahawa masih ramai orang lain Yang lebih menarik, lebih pandai, lebih kaya daripada pasanganmu Dan tetap memilih untuk mencintainya,Itulah pilihan.


Perasaan cinta, simpati, tertarik,
Datang sebagai kesempatan pada kita.
Tetapi cinta sejati yang abadi adalah pilihan.Pilihan yang kita lakukan.

“Nasib membawa kita bersama, tetapi tetap bergantung pada kita bagaimana membuat semuanya berhasil”
Pasangan jiwa boleh benar-benar ada.Dan sangat mungkin ada seseorang Yang diciptakan hanya untukmu.Tetapi tetap berpulang padamu

Untuk melakukan pilihan apakah engkau ingin
Melakukan sesuatu untuk mendapatkannya, atau tidak,Kita mungkin kebetulan bertemu pasangan jiwa kita,Tetapi mencintai dan tetap bersama pasangan jiwa kita,

Kita ada di dunia bukan untuk mencari seseorang yang sempurna untuk dicintai,
TETAPI untuk belajar mencintai orang yang tidak sempurna dengan cara yang sempurna.

“Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan kerana agamanya"

Wednesday 11 January 2012

Sedarkah kita???

“Kan aku dah cakap, jangan mendekati dia. Kau kan kawan aku, bukan kawan dia. Buat apa nak berkawan dengan orang macam tu. Kalau kau nak kawan gan dia, kita putus sahabat!”

Pasti kita teperanjat mendengar kata-kata ini.Kita mungkin pernah mengalami perkara seperti ini atau mungkin orang-orang di sekitar kita yang menanamkan rasa benci pada setiap orang yang ada di sekitarnya. Atau mungkin kita sendiri yang mengalami keegoisan atas kebencian pada seseorang. Sehingga kita lupa bahawa kita juga turut melibatkan orang lain dalam dendam kita itu.


Orang yang selalunya dibenci separuh mati biasanya orang yang pernah dekat dengan kita, kebencian itu datang akibat kita merasa dikhianati dan ditikam dari belakang,biasanya ini faktor utama.
Cuba persoalkan pada diri kita,Apakah nikmatnya kebencian ? Apa manfaatnya kebencian untuk kita ?Apa untungnya rasa benci yang kita tanamkan?

Sebenarnya tiada manfaat kebencian selain memanjakan nafsu. Yang ada hanya mengeruhkan ukhuwah dan tentunya merimaskan orang dalam kehidupan sekeliling kita. Sahabat kita yang pada asalnya terbuka berkawan dengan sesiapa saja, akhirnya ikut membenci orang yang kamu benci, padahal dia tak tahu atas dasar apa kebencian kita itu. Dia ikut kerana takut dituduh tidak setia kawan.


Atau mungkin kita yang merasa ikut membenci seseorang itu kerana sahabat kita membenci orang itu. Sebenarnya apa yang menyebabkan kita merosakkan ukhuwah dengan orang itu? Padahal kebencian sahabat kita itu tiada kaitan dengan kita. Tiada manfaatnya untuk kita.


Jika kita merasakan perkara ini adalah sia-sia, cukuplah kita menyakiti diri kita dengan membenci orang lain. Belum tentu rasa benci kita terhadap seseorang itu akan menjejaskan hidup dia. Dia hidup tenang dan gembira, tetapi jiwa kita tidak tenang, membengkak dalam kebencian yang membara. Siapa juga yang rugi kan?


Indahnya hidup tanpa kebencian, tentunya disertai dengan maaf dan ketabahan. Sudah semestinya hidup akan merasa tenang. Tentunya memberi kesan pada kesihatan jiwa dan raga juga. Jantung ketika marah dan membenci sesuatu, dia akan berdegup dengan lebih cepat tidak teratur sehingga mencetuskan stres yang berpanjangan.


Manusia akan selalu di uji, salah satunya dengan nafsu benci. Kalau kita sedari bahawa ujian ini adalah untuk ujian kesabaran,tentu kita akan enggan menanamkan benih benci dalam diri kita.


”…Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (QS. An Nuur, 24:22)

Keajaiban di sebalik seni bina KAABAH


KUALA LUMPUR – Sejak zaman berzaman, ahli sarjana masyarakat barat begitu mengagung-agungkan hasil-hasil binaan yang disifatkan sebagai lambang ketamadunan yang maju dan menyenaraikannya sebagai salah satu keajaiban dunia.

Sejak dari kecil, kita dimomokkan bahawa Tembok Besar di China, Taman Tergantung Babylon di
sempadan Iraq, Piramid Giza di Mesir, Taj Mahal di India, Candi Borobodur di Pulau Jawa, Angkor Watt di Kemboja dan Menara Condong Pisa di Itali sebagai tujuh benda ajaib di dunia.

Namun, tidakkah terlintas di fikiran kita bahawa rumah Allah, Kaabah, merupakan satu keajaiban dunia yang tiada tolok bandingnya dan tidak pun disenaraikan oleh sarjana-sarjana itu berbanding keajaiban-keajaiban lain.


Menurut golongan ulama dan pakar sejarah Islam, Kaabah yang terletak di dalam kawasan Masjidil Haram di Mekah pertama kali dibina di atas dunia oleh manusia pertama yang diturunkan Allah di muka bumi ini iaitu Nabi Adam AS.


Perkara tersebut dijelaskan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran Al-Karim dan diriwayatkan oleh Ibnu
Abbas RA bahawa Nabi Adam mengerjakan tawaf di keliling Kaabah sebanyak 40 kali.

Selain itu, Kaabah yang juga digelar sebagai Baitullah atau Baitul Ateeq itu dikatakan telah dibina semula sebanyak 11 kali lagi dan di antara
yang membinanya ialah Nabi Syith AS, Nabi Ibrahim AS, kaum Amaliqah, kaum Jurhum, Qusai Ibnu Qilab, dan datuk kepada Rasulullah SAW, Abdul Muttalib Ibnu Hasyim.

Kaabah yang dilanda banjir besar pada tahun 605 Masihi telah dibina oleh empat ketua suku kaum
Quraisy bersama Muhammad SAW Al-Amin yang meletakkan posisi batu Hajarul Aswad ketika Baginda berumur 35 tahun, lima tahun sebelum diangkat menjadi Rasul.

Seterusnya, rumah Allah itu juga pernah dibina oleh seorang sahabat, Abdullah Ibnu Zubair RA pada tahun 64 Hijrah, Hajjaj Ibnu Yusuf At-Thaqafi pada tahun 74 Hijrah dan Sultan Murad Khan pada tahun 1040 Hijrah.


Menurut reka bentuk Kaabah ketika di bina oleh Nabi Ibrahim AS dan anaknya, Nabi Ismail AS, rumah Allah itu berukuran 48 kaki 6 inci bagi

Dinding Timur, Dinding Barat 46.5 kaki, Dinding Hatim 33 kaki, manakala dinding antara HajarulAswad dan sudut Yamani adalah 30 kaki.

Binaan suci ini yang berbentuk kubus berukuran 12 x 10 x 15 meter itu, mencetus keajaiban teragung apabila jutaan umat Islam di dunia sujud kepadaNya setiap saat dan masa sejak di zaman Rasulullah SAW lagi.


Antara keajaiban Kaabah yang tiada pada benda keajaiban dunia lain ialah sebiji batu besar yang asalnya berwarna putih dan dinamakan sebagai Hajar Al-Aswad yang bermakna ‘batu yang berwarna hitam’ setelah batu yang dikatakan
dibawa dari syurga itu bertukar ke warna hitam kemudiannya.

Selain itu, Kaabah turut dibina dengan ‘pakej ajaib’ dengan melengkapkan binaan itu dengan sebuah telaga Zam-Zam yang  bermaksud ‘berkumpullah. .berkumpulla
h’, yang tidak pernah kering-kering sejak dibina sejak di zaman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail lagi.

Memakmurkan rumah Allah, puluhan juta umat Islam akan berkumpul mengelilingi Kaabah bagi
menunaikan rukun Islam kelima, menunaikan haji, di mana hanya mereka-mereka yang terpilih sahaja yang akan mendapat ‘surat jemputan’ dari Allah SWT sebagai ‘tetamu’Nya setiap tahun.

Subhanallah! Beruntunglah kepada sesiapa yang pernah mendapat ‘surat jemputan’ itu untuk
menjadi tetamu Allah di rumahNya memandangkan ramai yang kaya raya dan berkemampuan pun tidak pun bernasib baik menerima ‘surat’ itu.

Semoga kita semua, umat Islam, diberikan kemudahan dan lorongan dari Allah untuk menjadi tetamuNya sebelum uzur dan ajal menjemput kita menemuinya. Wallahua’lam.