White Lotus

---> Dari TELINGA jatuh ke HATI , itulah WANITA . mudah terpesOna dengan apa yang didengarinya . Akibatnya wanita sering TERTIPU antara pujian hakiki dan TIPU HELAH perangkap lelaki .
---> Dari MATA jatuh ke hati, itulah LELAKI mudah terpesona dengan apa yang dilihatnya, hingga kerap TERKELIRU antara indah hakiki dan palsu .

Oleh sebab itu, wanita perlu BERHATI-HATI dengan UCAPAN LIDAH yang didengarnya dan lelaki perlu MENJAGA PANDANGANNYA .


Wednesday 18 January 2012

Sahabatku Sampai Dunia Akhirat








Alhamdulillah....pada dingin pagi  ini,Allah masih beri saya bernafas dengan nikmat NYA yang tak dapat untuk saya ungkapkan dengan kata-kata..MAHA SUCI ALLAH TUHAN SEKALIAN ALAM yang memberikan nikmat ini untuk saya terus berdiri menghirup udara pagi di bumi penuh kecintaan saya ini...kalau nak tahu dekat mana boleh la saudara/saudara berkunjung ke bumi borneo ini & rasakan sendiri betapa indahnya suasana yang tidak akan anda dapat rasai dekat tempat lain tapi tanah rendah sekebun bunga tempat tumpahnya  darah saya itu, tak akan saya lupakan walaupun nun jauh di pantai timur...


Tiba-tiba saya tak dapat tidur pula,puas saya try untuk melelapkan mata tapi dek kerana terkilan & rasa bersalah terhadap seorang kawan, saya jadikan blog ini sebagai penghubung untuk menjadi pengganti diri saya bila saya tiada & tidak sempat untuk mengungkap kata maaf  kepadanya & berjumpa dengannya nanti...

Ketahuilah,saya mengangap kalian semua sebagai saudara sedarah sedaging saya sendiri  wahai teman,janganlah kamu meratapi walau saat ini,masa ini & keadaan ini saya tidak dapat hadir di atas segala undangan dari kalian semua..mungkin Allah lebih mengetahui segala yang tersirat.Kita sebagai manusia perlu terima...sebab itu saya lebih suka berdiam daripada membuat sebarang  janji kerana  keadaan akan menjadi lebih parah lagi kepada sebelah pihak....





saya tidak pernah melupai sahabat-sahabat saya walau di mana berada ketahuilah saya mahukan ukhwah ini sentiasa terjalin sehinggalah tiada lagi nafas & udara mengalir kedalam setiap ruang tubuhku hatta sampai ke alam seterusnya pun saya mohon kepada Allah agar kita semua akan dipertemukan lagi walau dalam apa jua cara sekalipun...Mohonlah kepadaNYA supaya segala hajat kita terlaksana & di permudahkanNYA.

Akhir kata,tidak ada kata yang dapat mengambarkan perasaan hati saya mengenali kalian semua.Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa kalian semua semasa mengenali diri yang serba kekurangan ini dalam setiap perkongsian & kepercayaan yang di berikan kepada saya selama ini...semoga Barakah Allah sentiasa berada dengan kalian semua.saya mendoakan supaya kalian di berikan kesihatan jasad,di murahkan rezeki & dapat menjalankan tugas yang di amanahkan dengan lebih baik walau dalam apa jua keadaan....ketahuilah setiap ujian itu ada hikmah tersembunyi di sebaliknya yang akan kita perolehi nanti.Insyaallah..itulah yang di janjikan oleh Allah apabila kita sabar dalam menempuh segala ujian yang di berikan keatas kita :)

Thursday 12 January 2012

Tampillah cantik, cantik iman, cantik batin, cantik hati, kerana itu lebih abadi


Saudari, kamu cantik sekali
Tapi hanya di mata manusia. Sedangkan yang Maha Kuasa tak pernah memandang rupa atau pun bentuk tubuh kita. Namun Dia melihat pada hati dan amal-amal yang dilakukan hamba-Nya.

Saudari, kamu cantik sekali

Tapi cantik luaran tak akan pernah abadi. Saat ini kita boleh berbangga dengan kemolekan wajah ataupun bentuk tubuh. Namun beberapa waktu nanti, saat wajah telah keriput, rambut pun kusut dan berubah warna putih, tubuh tak lagi tegap, membongkok dimakan usia, tak akan ada lagi yang boleh dibanggakan. Lebih-lebih jika telah memasuki liang lahad, tentu tiada manusia yang mahu mendekat.

Saudari, kamu cantik sekali

Tapi kecantikan hanyalah pemberian dan untuk apa dibangga-banggakan? Sesungguhnya kecantikan patut disyukuri dengan cara yang baik. Mensyukuri kecantikan bukanlah dengan cara mempamerkan gambar atau membandingkan rupa, sedangkan hakikatnya wajah itu bukan milik kita.

Tidakkah engkau rimas bila banyak mata lelaki yang memandang berhari-hari? Tidakkah engkau malu ketika wajahmu dinikmati tanpa kebenaran engkau sendiri yang menayang gambar. Ataukah rasa malu itu telah punah musnah? Betapa sayangnya jika demikian sedangkan ia sebahagian dari keimanan.


Saudari, kamu cantik sekali

Tapi apa manfaat pujian dan kekaguman seseorang? Adakah ia akan menambah pahala dari-Nya? Adakah darjatmu akan meninggi di sisi Ilahi setelah dipuji? Tiada yang menjamin wahai ukhti. Mungkin malah sebaliknya, wajah cantik itu menjadikanmu tiada harga di hadapan-Nya, kerana kamu tak mampu memelihara sesuai dengan ketentuan-Nya.

Saudari, kamu cantik sekali

Kecantikan itu harta berharga bukan barang murah yang boleh dinikmati dengan mudah. Dimana nilainya jika setiap mata begitu leluasa memandang cantiknya rupa. Dimana harganya dan kehormatan sebagai hamba Tuhan jika setiap orang, baik ia seorang kafir, musyrik atau munafik begitu mudah menikmati wajah para muslimah?

Saudari, kamu cantik sekali

Alangkah indah jika kecantikan luaran itu dipadu dengan kecantikan hatimu. Apalah erti cantik rupawan bila tak memiliki keimanan. Apalah guna tubuh molek memikat bila tiada rasa malu yang lekat. Cantikkan dirimu dengan cahayaNya. Cahaya yang bersinar dari hati benderang penuh keimanan. Hati yang taat sentiasa patuh pada syariat. Hati yang taqwa, yang selalu menjalankan perintah dan menjauhi larangan-Nya. Hati yang sederhana, yang tak berlebihan dalam segala urusan dunia.

Maka tampillah cantik di hadapan Penciptamu kerana itu lebih bererti daripada menampilkan kecantikan pada manusia yang bukan muhrimmu. Tampillah cantik di hadapan suamimu, kerana itu adalah sebahagian dari jihadmu. Mengabdi pada manusia yang kamu kasihi demi keredhaan Ilahi.

Duhai pemilik hati yang DUKA!!!

Untuk yang sedang bersedih

Beramalah kerana Allah, agar peluhmu tidak sia-sia. Jangan kau hentikan amalmu kerana banjir airmata kecewa yang menghalang jalanmu. Sesungguhnya Allah tidak pernah luput hitungannya. Dia akan meninggikan setiap hamba yang jatuh bangun menyempurnakan pengabdian padaNya.


Wahai jiwa yang sedang layu…


Panjangkanlah sujudmu di malam-malam sunyi. Agar kau tahu bahawa keindahan tetap bersemayam di hati orang-orang yang mendapati cinta Illahi. Dan menangislah sepuasnya… ketika hanya ada kau dan Dia. Adukan sahaja segala resahmu. Sebab dialah yang memiliki jawapannya.


Wahai jiwa yang sedang dirundung gelisah…


Jangan pernah berhenti mendengarnya bertutur. Walau ceritanya merobek-robek harapan yang sedang kau tumbuhkan. Kadangkala manusia tidak mengenal dirinya sendiri bukan? Dengarlah nasihat seorang bijak, tentang seseorang yang sedang mencari kebahagiaan. Kebahagiaan hanya akan diperoleh dengan banyak memberi.


Untukmu yang sedang luka..


Jangan pernah engkau hentikan lantunan ayat-ayat cinta. Sekalipun suaranya tenggelam tertelan riuh desakan air mata. Kau tidak akan pernah tahu siapa yang akan terubat dengan lantunanmu. Maka teruskanlah nyanyian sucimu.


Hai pemilik hati yang patah..


“…yang kau sayang selalu sahaja menerbitkan kesedihan hatimu..” Percayalah bahawa cinta dapat ditumbuhkan dimana saja. Jika hati diumpamakan pintu, adalah wajar jika kita mengetuk pintu yang salah. Insya Allah, Kau yang akan menemukan pintumu. Mintakan pada Dia yang Menebar Cinta!


Kawanku yang dicintai Allah..


Hidup ini hanyalah permainan yang harus kita mainkan dengan sungguh-sungguh. Maka, tiada gunanya berlama-lama dalam duka. Duka yang bertahun hanya akan membuatmu buta akan banyak kebahagiaan yang disajikan Allah padamu. Duka yang kau genggam akan membuatkan mu jauh dari rasa syukur.


Ini untukmu yang sedang bersedih
...Dalam rangka menasihati diri sendiri :)

carilah kebahagian untuk menuju kampung akhirat

BERAPA ramai manusia yang hanyut kerana duniawi; mereka terus berkhayal, umur yang semakin meningkat tidak dihiraukan sehinggakan hidup mereka hampa dan merugikan.Begitulah apabila hati sudah ‘jatuh hati’ dengan dunia sehingga melupakan akhirat. Kita semua mengetahui, kesempatan hidup di dunia ini hanya sementara.

 Janganlah nafsu dunia saja di turutkan kerana pada satu masa nanti kita pasti akan ‘berpisah’ dengannya. Kematian, berlaku setiap hari malah mungkin ada di kalangan kaum keluarga, sanak saudara atau teman rapat kita sudah dijemput menghadap Ilahi.Bermakna urusan mereka di dunia ini sudah selesai. Yang terus subur ialah amalan yang mereka lakukan ketika hidup dulu; jika baik mereka pasti ‘pulang’ dengan aman dan mendapat keuntungan. 

 Kehidupan di dunia sebenarnya tempat persinggahan sementara untuk manusia mengutip bekalan secukupnya sebelum menuju ke destinasi terakhir dan kekal abadi iaitu akhirat.Imam Al-Ghazali berpesan: “Ketahuilah bahawasanya dunia ini adalah tempat singgah untuk sementara waktu, bukan tempat tinggal yang sebenarnya, sedangkan manusia di dalamnya selaku musafir yang sedang berkelana. Awal pertama manusia singgah dalam perut ibunya, dan yang terakhir manusia singgah di liang kubur. Manusia masih dalam perjalanan, dan yang dituju adalah kampung halaman yang kekal, iaitu (kampung akhirat).

Kebahagiaan di akhirat tidak mungkin dinikmati tanpa melakukan amalan baik ketika di dunia seperti menafkahkan harta di jalan Allah, bersedekah, berzakat serta melaksanakan ibadah wajib seperti solat.Umat Islam perlu sentiasa berwaspada agar tidak berlaku pengabaian antara kedua-dua tuntutan berkenaan dalam kehidupan seharian.

Sebagai iktibar, pada zaman Nabi Musa ada seorang lelaki yang kaya raya bernama Qarun. Dia adalah manusia yang sangat bakhil serta derhaka terhadap perintah Allah sehingga hartanya yang banyak itu tidak sedikit pun mendatangkan manfaat dalam hidupnya.
Di dalam Al-Quran disebutkan mengenai kekayaan Qarun; dia seorang yang berlagak di hadapan orang ramai malah ramai yang ingin menjadi sepertinya dengan memiliki rumah besar serba indah dengan perkakasan mewah serta pakaian yang indah-indah.Disebabkan sifat bakhil yang menebal dalam dirinya itu menghalang dia daripada berzakat untuk diberikan kepada mereka yang berhak.Dia menyangka seolah-olah akan kekal dengan kekayaannya itu dan terus bersikap sombong. Qarun lupa kekayaan yang dimilikinya itu adalah kurniaan Allah. Akhirnya Qarun diseksa oleh Allah dengan rumah serta hartanya terkubur sekali bersama. Allah berfirman yang bermaksud: “Kemudian Kami benamkan Qarun itu berserta rumahnya ke dalam tanah, maka tiada satu kaum yang dapat menolongnya selain dari Allah, sedang ia tidak mendapat pertolongan apa-apa.” (Surah Al-Qashash ayat 81).

Ketahuilah apabila kita ditimpa penyakit, itu sebenarnya kita sedang diuji dengan kesabaran dan reda. Begitu juga apabila kita hidup dalam kesusahan, kita sedang diuji dengan kekufuran dan jika menjadi kita kaya raya, ingatlah itu bentuk ujian bagi melihat sama ada kita bersyukur, dan kuat bersedekah atau hidup dalam kesombongan. Umat Islam perlu sentiasa berwaspada agar tidak berlaku pengabaian antara kedua-dua tuntutan berkenaan dalam kehidupan seharian.“Sememangnya dunia begitu dekat dengan manusia. Syurga pula perkara kemudian yang tidak nampak dengan mata kasar manusia tetapi di dalamnya penuh dengan kelazatan dan kenikmatan.

“Dunia adalah mazratul akhirat (jambatan menuju akhirat). Amalan manusia di dunia akan menentukan nasib di akhirat sama ada mereka menuju ke syurga atau neraka,”manusia barangkali berebut-rebut melakukan amalan soleh jika dapat mengetahui serta memeriksa baki dalam akaun simpanan mereka.

“Jika Allah memberi peluang kepada kita ‘menyemak’ pahala seperti  sudah tentu kita mengetahui banyak mana amalan yang sudah kita dilakukan selama ini,”untuk sampai ke syurga sememangnya manusia akan terus diuji dengan pelbagai cabaran.“Benar, manusia akan berasa kehilangan apabila mereka jauh dengan dunia. Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 155 hingga 157 yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami uji manusia itu dengan bermacam-macam ujian, adakalanya dengan ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, kematian dan kekurangan buah-buahan, berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar atas cubaan itu. Iaitu orang-orang yang ditimpa musibah (malapetaka) mereka berkata: “Sesungguhnya kami ini kepunyaan Allah dan akan kembali kepada-Nya, untuk mereka rahmat dari Tuhannya serta anugerah dan mereka itu mendapat petunjuk.”

“Jelas kepada kita ujian yang didatangkan kepada kita memang payah untuk melaksanakannya kerana agama ini sifatnya berlawanan dengan nafsu.“Jadi untuk menjadi seorang yang baik, berdamping dan duduklah sekali dengan mereka yang suka melakukan kebaikan,” di dalam Al-Quran terdapat sebanyak 115 kali perkataan dunia dan akhirat dinyatakan iaitu “Perlu ada keseimbangan antara dunia dan akhirat namun Islam meletakkan akhirat terlebih dahulu. Dalam Surah Al-Qashash ayat 77 yang bermaksud:

“Dan carilah apa yang dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) kampung akhirat, dan jangan kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada manusia), sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu dan janganlah kamu berbuat bencana di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak mengasihi orang-orang yang berbuat bencana.” “Sebab itu, setiap kali bangun daripada tidur kita perlu menyoal beberapa soalan iaitu siapa diri kita, untuk apa kita berada di dunia ini dan ke mana kita akan pergi selepas ini,” anak muda terutamanya perlu sentiasa mendidik hati mereka dengan kecintaan terhadap penghidupan akhirat.

“Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Dua nikmat yang manusia sering lupa dan alpa ialah kesihatan dan waktu atau usia yang Allah berikan. (Riwayat Bukhari dan Muslim).“Ujian terhadap orang muda ialah mereka tidak ada rasa tanggungjawab sehingga menyebabkan matinya perasaan. Mereka perlu segera bangkit dan sedar kenapa mereka lahir sebagai seorang Muslim? “Jangan terus hanyut dengan masalah sosial serta mengamalkan hiburan secara berlebihan kerana sekarang orang bukan Islam melihat orang Islam tidak berakhlak. “Jadilah seperti Usamah Zaid, Fatimah Az-Zahrah dan Mus’ab Umair yang menjadi individu penting yang memperjuangkan Islam,”

Mencintai Seseorang Yang Tidak Sempurna Dengan Cara Yang Sempurna


Ketika kita bertemu orang yang tepat untuk dicintai,Ketika kita berada di tempat pada saat yang tepat,Itulah kesempatan...

Ketika kita bertemu dengan seseorang yang membuatkan mu tertarik, Itu bukan pilihan itu kesempatan.

Bertemu dalam suatu peristiwa bukanlah pilihan ,Itupun adalah kesempatan .


Bila kita memutuskan untuk mencintai orang tersebut,Bahkan dengan segala kekurangannya,Itu bukan kesempatan, itu adalah pilihan.


Ketika kita memilih bersama dengan seseorang walaupun apapun yang terjadi,Itu adalah pilihan.Pilihan yang harus kita lakukan.


Bahkan ketika kita menyedari bahawa masih ramai orang lain Yang lebih menarik, lebih pandai, lebih kaya daripada pasanganmu Dan tetap memilih untuk mencintainya,Itulah pilihan.


Perasaan cinta, simpati, tertarik,
Datang sebagai kesempatan pada kita.
Tetapi cinta sejati yang abadi adalah pilihan.Pilihan yang kita lakukan.

“Nasib membawa kita bersama, tetapi tetap bergantung pada kita bagaimana membuat semuanya berhasil”
Pasangan jiwa boleh benar-benar ada.Dan sangat mungkin ada seseorang Yang diciptakan hanya untukmu.Tetapi tetap berpulang padamu

Untuk melakukan pilihan apakah engkau ingin
Melakukan sesuatu untuk mendapatkannya, atau tidak,Kita mungkin kebetulan bertemu pasangan jiwa kita,Tetapi mencintai dan tetap bersama pasangan jiwa kita,

Kita ada di dunia bukan untuk mencari seseorang yang sempurna untuk dicintai,
TETAPI untuk belajar mencintai orang yang tidak sempurna dengan cara yang sempurna.

“Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan kerana agamanya"

Wednesday 11 January 2012

Sedarkah kita???

“Kan aku dah cakap, jangan mendekati dia. Kau kan kawan aku, bukan kawan dia. Buat apa nak berkawan dengan orang macam tu. Kalau kau nak kawan gan dia, kita putus sahabat!”

Pasti kita teperanjat mendengar kata-kata ini.Kita mungkin pernah mengalami perkara seperti ini atau mungkin orang-orang di sekitar kita yang menanamkan rasa benci pada setiap orang yang ada di sekitarnya. Atau mungkin kita sendiri yang mengalami keegoisan atas kebencian pada seseorang. Sehingga kita lupa bahawa kita juga turut melibatkan orang lain dalam dendam kita itu.


Orang yang selalunya dibenci separuh mati biasanya orang yang pernah dekat dengan kita, kebencian itu datang akibat kita merasa dikhianati dan ditikam dari belakang,biasanya ini faktor utama.
Cuba persoalkan pada diri kita,Apakah nikmatnya kebencian ? Apa manfaatnya kebencian untuk kita ?Apa untungnya rasa benci yang kita tanamkan?

Sebenarnya tiada manfaat kebencian selain memanjakan nafsu. Yang ada hanya mengeruhkan ukhuwah dan tentunya merimaskan orang dalam kehidupan sekeliling kita. Sahabat kita yang pada asalnya terbuka berkawan dengan sesiapa saja, akhirnya ikut membenci orang yang kamu benci, padahal dia tak tahu atas dasar apa kebencian kita itu. Dia ikut kerana takut dituduh tidak setia kawan.


Atau mungkin kita yang merasa ikut membenci seseorang itu kerana sahabat kita membenci orang itu. Sebenarnya apa yang menyebabkan kita merosakkan ukhuwah dengan orang itu? Padahal kebencian sahabat kita itu tiada kaitan dengan kita. Tiada manfaatnya untuk kita.


Jika kita merasakan perkara ini adalah sia-sia, cukuplah kita menyakiti diri kita dengan membenci orang lain. Belum tentu rasa benci kita terhadap seseorang itu akan menjejaskan hidup dia. Dia hidup tenang dan gembira, tetapi jiwa kita tidak tenang, membengkak dalam kebencian yang membara. Siapa juga yang rugi kan?


Indahnya hidup tanpa kebencian, tentunya disertai dengan maaf dan ketabahan. Sudah semestinya hidup akan merasa tenang. Tentunya memberi kesan pada kesihatan jiwa dan raga juga. Jantung ketika marah dan membenci sesuatu, dia akan berdegup dengan lebih cepat tidak teratur sehingga mencetuskan stres yang berpanjangan.


Manusia akan selalu di uji, salah satunya dengan nafsu benci. Kalau kita sedari bahawa ujian ini adalah untuk ujian kesabaran,tentu kita akan enggan menanamkan benih benci dalam diri kita.


”…Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (QS. An Nuur, 24:22)

Keajaiban di sebalik seni bina KAABAH


KUALA LUMPUR – Sejak zaman berzaman, ahli sarjana masyarakat barat begitu mengagung-agungkan hasil-hasil binaan yang disifatkan sebagai lambang ketamadunan yang maju dan menyenaraikannya sebagai salah satu keajaiban dunia.

Sejak dari kecil, kita dimomokkan bahawa Tembok Besar di China, Taman Tergantung Babylon di
sempadan Iraq, Piramid Giza di Mesir, Taj Mahal di India, Candi Borobodur di Pulau Jawa, Angkor Watt di Kemboja dan Menara Condong Pisa di Itali sebagai tujuh benda ajaib di dunia.

Namun, tidakkah terlintas di fikiran kita bahawa rumah Allah, Kaabah, merupakan satu keajaiban dunia yang tiada tolok bandingnya dan tidak pun disenaraikan oleh sarjana-sarjana itu berbanding keajaiban-keajaiban lain.


Menurut golongan ulama dan pakar sejarah Islam, Kaabah yang terletak di dalam kawasan Masjidil Haram di Mekah pertama kali dibina di atas dunia oleh manusia pertama yang diturunkan Allah di muka bumi ini iaitu Nabi Adam AS.


Perkara tersebut dijelaskan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran Al-Karim dan diriwayatkan oleh Ibnu
Abbas RA bahawa Nabi Adam mengerjakan tawaf di keliling Kaabah sebanyak 40 kali.

Selain itu, Kaabah yang juga digelar sebagai Baitullah atau Baitul Ateeq itu dikatakan telah dibina semula sebanyak 11 kali lagi dan di antara
yang membinanya ialah Nabi Syith AS, Nabi Ibrahim AS, kaum Amaliqah, kaum Jurhum, Qusai Ibnu Qilab, dan datuk kepada Rasulullah SAW, Abdul Muttalib Ibnu Hasyim.

Kaabah yang dilanda banjir besar pada tahun 605 Masihi telah dibina oleh empat ketua suku kaum
Quraisy bersama Muhammad SAW Al-Amin yang meletakkan posisi batu Hajarul Aswad ketika Baginda berumur 35 tahun, lima tahun sebelum diangkat menjadi Rasul.

Seterusnya, rumah Allah itu juga pernah dibina oleh seorang sahabat, Abdullah Ibnu Zubair RA pada tahun 64 Hijrah, Hajjaj Ibnu Yusuf At-Thaqafi pada tahun 74 Hijrah dan Sultan Murad Khan pada tahun 1040 Hijrah.


Menurut reka bentuk Kaabah ketika di bina oleh Nabi Ibrahim AS dan anaknya, Nabi Ismail AS, rumah Allah itu berukuran 48 kaki 6 inci bagi

Dinding Timur, Dinding Barat 46.5 kaki, Dinding Hatim 33 kaki, manakala dinding antara HajarulAswad dan sudut Yamani adalah 30 kaki.

Binaan suci ini yang berbentuk kubus berukuran 12 x 10 x 15 meter itu, mencetus keajaiban teragung apabila jutaan umat Islam di dunia sujud kepadaNya setiap saat dan masa sejak di zaman Rasulullah SAW lagi.


Antara keajaiban Kaabah yang tiada pada benda keajaiban dunia lain ialah sebiji batu besar yang asalnya berwarna putih dan dinamakan sebagai Hajar Al-Aswad yang bermakna ‘batu yang berwarna hitam’ setelah batu yang dikatakan
dibawa dari syurga itu bertukar ke warna hitam kemudiannya.

Selain itu, Kaabah turut dibina dengan ‘pakej ajaib’ dengan melengkapkan binaan itu dengan sebuah telaga Zam-Zam yang  bermaksud ‘berkumpullah. .berkumpulla
h’, yang tidak pernah kering-kering sejak dibina sejak di zaman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail lagi.

Memakmurkan rumah Allah, puluhan juta umat Islam akan berkumpul mengelilingi Kaabah bagi
menunaikan rukun Islam kelima, menunaikan haji, di mana hanya mereka-mereka yang terpilih sahaja yang akan mendapat ‘surat jemputan’ dari Allah SWT sebagai ‘tetamu’Nya setiap tahun.

Subhanallah! Beruntunglah kepada sesiapa yang pernah mendapat ‘surat jemputan’ itu untuk
menjadi tetamu Allah di rumahNya memandangkan ramai yang kaya raya dan berkemampuan pun tidak pun bernasib baik menerima ‘surat’ itu.

Semoga kita semua, umat Islam, diberikan kemudahan dan lorongan dari Allah untuk menjadi tetamuNya sebelum uzur dan ajal menjemput kita menemuinya. Wallahua’lam.

Daging Tiruan pun ada..Awasss kepada penggemar daging...


Orang China ni bukan sahaja pandai membuat pelbagai barang tiruan malah bahan makanan juga termasuk telur dan daging. Yang utama ialah untung, tidak peduli apa kesannya kepada pengguna. Memandangkan semuanya tidak memberikan kesan sampingan pada kadar segera dan hanya terjadi pada jangka masa panjang, mereka tidak takut untuk melakukannya. Atas dasar mengaut untung sebanyak-banyaknya dalam perniagaan mereka sanggup melakukan apa sahaja, mereka terus berenovasi mencipta sesuatu yang baru. Mereka berjaya membuat telur tiruan malah lebih menarik mereka berjaya menukarkan daging babi menjadi daging lembu yang dinamakan "daging lembu tiruan".

Paling menakutkan apabila diberitahu bahan asasnya ialah daging babi. Di sana (negara China), harga daging lembu dua kali lebih mahal daripada daging babi. Jadi mereka mengambil langkah membuat tipu-helah dengan menjadikan daging babi seolah-olah daging lembu. Dalam masa 90 minit sahaja, daging babi yang digoreng akan menjadi "sesedap" daging lembu.


Mereka menggunakan “beef extract” yang dijual dalam bentuk botol dan berleluasa di sana. Mereka gaulkan daging babi dengan rempah tersebut, dan terjadilah sesuatu keajaiban dimana daging babi yang dihidang itu telah berubah rasa seenak daging lembu.Adakah peniaga di negara kita juga akan mengekspot teknologi ini untuk menjana keuntungan lumayan? Atau lebih mudah mengekspot daging babi tersebut kerana ianya murah di China. Andai kata ia berlaku, amatlah malang bagi kita semua umat Islam yang sedang menghadapi bencana serangan mental, juga bakal diserang dalam bidang bahan permakanan. Ini tak termasuk mempopularkan coca-cola dan McD yang amat diragui kehalalannya.


Malaysia juga terkenal pengeluar babi terbesar di Asia Tenggara, tentu sekali tidak menjadi masalah untuk mereka (yang membenci Islam) melakukan pengkhianatan tersebut. Buat waktu ini adalah lebih selamat jika tidak membeli daging lembu yang tidak diketahui sumbernya. Jauhi pembelian daging impot walaupun ia murah. Jika kita sendiri yang membelinya, mungkin kita mampu mengelaknya. Bagaimana pula dengan jamuan kenduri atau majlis keramaian? ... Inilah yang menjadi masalah besar kerana penguasaha makanan hanya memikirkan untung (bahan termurah) untuk menyediakan makanan.


Cuba lihat kesannya kepada kita bila kita memakan makanan bertaraf najis terutama najis berat sedemikian. Amat memudaratkan terutama dari segi keagamaan. Makan makanan dari sumber haiwan yang tidak disembelih dengan betul sudah dianggap memakan bangkai, inikan pula memakan daging babi. Iman akan mengelonsor ke tahap yang amat buruk!


Dari maklumat yang diperolehi, sukar membezakan antara daging "tiruan"yang diubah ini dengan daging lembu sebenar jika dilihat dari sudud fizikalnya. Orang ramai pun tak dapat bezakan daging lembu tiruan tersebut. Malah dalam jangka masa panjang ia boleh menyebabkan cancer.

Rahsia Solat & tindakbalas terhadap otak manusia

Seorang Doktor di Amerika (Dr. Fidelma) telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya di dalam penyelidikannya. Ia amat kagum dengan penemuan tersebut.

Dia adalah seorang Doktor Neurologi. Ketika ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam maka Doktor tersebut memberitahu bahawa sewaktu kajian saraf yang dilakukan, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia ini tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara yang lebih normal.


Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya dia menemui bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak tersebut melainkan ketika seseorang tersebut bersembahyang iaitu ketika sujud. Urat tersebut memerlukan darah untuk beberapa saat tertentu saja. Ini bermakna darah akan memasuki bahagian urat tersebut mengikut kadar solat lima waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah.


Jadi, barangsiapa tidak menunaikan sembahyang, maka otaknya tidak dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal. Oleh kerana itu kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganut agama Islam “sepenuhnya” kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agamanya yang indah ini.



Sebagai Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak solat walaupun akal mereka berfungsi secara normal tetapi sebenarnya di dalam sesuatu keadaan mereka akan hilang pertimbangan di dalam membuat keputusan secara normal. Oleh itu tidak hairanlah manusia ini kadang-kadang tidak segan silu untuk melakukan hal-hal yang bertentangan dengan fitrah kejadiannya walaupun akal mereka mengetahui perkara yang akan dilakukan tersebut adalah tidak sesuai dengan kehendak mereka kerana otak tidak boleh untuk mempertimbangkannya secara lebih normal. Maka tidak hairanlah timbul pelbagai gejala-gejala sosial masyarakat masa kini.

Ustaz Don Daniyal (Anak Asset ke Syurga atau Neraka?)

subhanallah...mengalir air mata aku setiap kali dengar ceramah ni...meresap terus melalui urat2 darah terus sampai ke jantung & terus mengingatkan family yang tinggal nun jauh dekat pantai timur,sebijik macam abah aku cara dia bercakap...boleh ke aku nak balas jasa abah gan ma gan buat macam ni nanti Ya ALLAH..mendalam betul sampai terpukul bagi sape2 yang dengar..kerana aku anak harapan dalam keluarga especially my father,menjurai air mata setiap kali dengar bait2 kata sebab aku masih lagi berjuang dekat tempat orang jauh nun dari family semata2 nak genggam segulung degree & pangkat yang jadi kayu ukur orang lain terhadap diri aku & family sebelum ni...ALLAHUAKBAR....YA ALLAH kau sihatkan tubuh badan ku supaya aku dapat membalas segala jasa2 kedua2 ibubapa ku sebelum mereka menghembuskan nafas yang terakhir di dunia ini..kau jadikan aku & semaikan aku dengan sifat2 mahmudah kedalam diri ku  supaya dapat aku berbakti kepada orang tua ku sementara mereka masih ada...

Sunday 8 January 2012

wanita & perkahwinan

Kali ini saya akan dedahkan pula tentang kerugian wanita yang tidak mahu berkahwin; tetapi bukan kepada wanita yang tidak berkahwin kerana tiada jodoh. Kalau sudah tidak ada jodoh, wanita tersebut tidak boleh dipersalahkan kerana sudah takdir menentukan demikian. Masalahnya sekarang, terdapat wanita yang ada peluang berkahwin tetapi menolak dengan alasan-alasan yang pelbagai....hurmmm
 
Perkembangan tentang wanita yang tidak gemar berkahwin bukan sahaja berlaku di dalam masyarakat bukan Islam tetapi juga berlaku di kalangan masyarakat Islam. Sikap demikian bukan sahaja bertentangan dengan kehendak ajaran Islam yang menggalakkan perkahwinan tetapi juga bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia yang hidupnya memerlukan pasangan. Bahkan sunnatullah kejadian manusia, ada lelaki dan ada wanita yang saling memerlukan antara satu sama lain. Ibarat talian elektrik yang memerlukan positif dan negatif untuk melahirkan cahaya.Di Malaysia, walaupun terdapat di dalam masyarakat Islam sikap memilih hidup membujang tetapi tidak begitu berleluasa seperti di barat.

Kerana umumnya bagi kaum wanita, pintu syurga lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak. bagi kaum wanita, untuk mendapat maqam solehah dan menjadi ahli syurga di akhirat adalah amat mudah. Ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.
“Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki”. 

Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah s.w.t. pun bergantung kepada redha suami.

Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah dikala mengandung. Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan. Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka. Bagi wanita yang mencuci pakaian suminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa. Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah s.a.w di syurga kelak.

Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid. Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi wanita yang menolak perkahwinan. Malah di dunia akan selalu berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi. Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman, walaupun lelaki tersebut telah berkahwin. Sabda Rasulullah s.a.w :

Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan”. Para sahabat bertanya, “Bagaimana kalau dia telah berkahwin??” Jawab Baginda s.a.w , “Kahwinilah juga dia” (diulang sebanyak tiga kali).

Begitulah besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin. Tidak perlu bersusah-payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti kebanyakan wanita hari ini. Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan ibu sudah memperolehi banyak pahala. Kalau suami redha dengan perlakuan seorang isteri itu maka akan terus masuk syurga tanpa melalui kesukaran. Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yang menolak perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon wanita solehah yang berada dibawah naungan suami.

ISLAM + MELAYU ----->>>{murtad}..Jalankan tanggungjawab anda sebagai seorang ISLAM, jangan biar agama ISLAM dipermainkan.

Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikut boyfriend.Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.

  Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.

Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan sistem perundangan dan kehakiman kita sendiri.
 
Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal … Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,‘Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian.’

Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir  itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan ..
Butir asal permohonan..Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah.Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.

Sebab yang dia beri, ‘Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.’Perenggan 23: ‘Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik’.
Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar gamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara’ dengan undang-undang sivil, undang-undang syara’ akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi…. semua tak termasuk.Article 4 pula menyatakan: ‘Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara’.
 


Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun.Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata,’Allah hu Ahad’.. Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata ‘Allah hu Ahad’. Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa.Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan ‘Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepad a umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak’. Sahabat bertanya ‘Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah? ‘ ‘Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.’ Sahabat bertanya lagi. ‘Mengapa begitu ya Rasullullah? ‘ Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia’.

Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, ‘Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.’ Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya ‘International Jew’.Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar. Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.

Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London . Dia berkata: ‘Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam.’
Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492, kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama lepas tu,tumbang kerajaan Islam Mindanao ..Lepas tu kerajaan Islam Acheh … semuanya satu demi satu..
 
Macamana benda ni boleh terjadi?
 
Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY . Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, di a datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian

Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?

Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah ‘garam dan ragi’. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.

Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi’. Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan sistem kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap wujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.

Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu nanti,dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.. ‘Sebenarnya dia ingin. 

Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak… Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang, kelab lion, bulan sabit merah, Saint John’s Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan email ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.

Akhir sekali, Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.kawan-kawan yang dikasihi, tolong Forwardkan dan Share entri ini untuk pengetahuan dan tindakan kita semua sebagai orang Islam agar perkara ini boleh dijadikan iktibar dan benteng untuk kita mempertahankan akidah kita yang telah di Islamkan atas tiket keturunan dimana dengan sebab ini kita telahpun mendapat banyak rahmat dan belas ihsan dari Allah tanpa perlu melalui hidup Sebagai seorang yang terpesong dari ajaran-Nya dan sentiasa mencari-cari jalan yang betul.Di harap rahmat Allah dan doa-doa para waliullah dapat melindungi kita sehingga kita kembali ke sisi-Nya. Sementara itu, berhati-hatilah dalam apa jua yang kita lakukan dan sentiasa beringat kepada Allah.
 
Ya Allah, gantikanlah kepedihan ini dengan kesenangan, jadikan kesedihan itu awal kebahagian. Wahai Rabb, tuangkan dalam jiwa yang bergolak ini kedamaian… Wahai Rabb, tunjukanlah pandangan yang kebingungan ini kepada cahaya-MU, bimbinglah sesatnya perjalanan ini ke arah jalan-MU mnuju hidayah-MU!

Saturday 7 January 2012

Kosmo! Online - Jom Singgah

Kosmo! Online - Jom Singgah

Kosmo! Online - Rencana Utama

Kosmo! Online - Rencana Utama

Kosmo! Online - Jom Singgah

Kosmo! Online - Jom Singgah

Apa itu SOLAT ISTIKHARAH

Seseorang yang menghadapi sesuatu soal yang bersifat mudah, sedang ia sendiri masih ragu-ragu mana sebaiknya dilakukan, maka di sunatkan mengerjakan solat yang bukan termasuk wajib.


- Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
 
- Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
 
- Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
 
- Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
Niat Solat Istikharah

Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta’ala

- Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu).

Doa Solat Istikharah

“Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini……..baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu.”




Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;

Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.

Betapa pentingnya Solat Istikharah ini sebagaimana pentingnya kita mempelajari al-Quran.

Wanita,Fesyen Dan Islam

sejak akhir2 ni negara telah di gemaparkan dengan pelbagai isu berkaitan dengan fesyen yang entah apa2 wanita muslim plus melayu yang telah menjadi ikon dalam pendidikan kepada seluruh rakyat dalam negara.LEGGING.......ANDA TAHUKAN  apa yang saya maksudkan itu...kalau tidak tahu boleh la search dekat google apa2 maksud legging seperti yang saya sebutkan tadi...bagi saya legging ni sejenis pakaian dalam sahaja bagi kaum wanita..walaupon leggings tutup kulit/aurat, tapi bila menampakkan bonjol2 dan bentuk kaki..itu kira aurat juga ye......Maaf, jangan tanya saya mengenai maksud sebenar legging tetapi dalam bahasa pasar, bolehlah kita andaikan ia sejenis pakaian dalaman, ketat dan nipis yang melekat SETEPEK pada BONTOT, PAHA, BETIS dan KAKI serta sesuai dijadikan sebagai alas di dalam pakaian sahaja supaya terlindung daripada panahan mata ajnabi!.....Walaupun nampak seksi, tapi saya tengok ramai Muslimah bertudung yang suka menggunakan legging ni…tapi yang menjadi tanda tanya banyak pihak, boleh ke dalam Islam?  i mean boleh ke dipakai oleh perempuan yang beragama ISLAM ?

Majoriti para ulama bersepakat dalam melarang wanita memakai pakaian yang ketat seperti ‘legging’Ini kerana jelas daripada hadis Rasulullah SAW yang memberi gambaran larangan terhadap wanita yang menampakkan tubuh badan mereka walaupun berpakaian....Hadis riwayat Muslim dari Abu Hurairah RA berkata:-

“Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya, dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepadanya. Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya di mana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian jauh”.

Di dalam hadis di atas, Nabi s.a.w. menegaskan; salah satu golongan yang akan menjadi ahli neraka ialah wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, yakni mereka berpakaian tetapi di sisi agama mereka sebenar tidak berpakaian. Ia merangkumi yang berikut :

1. Wanita-wanita yang memakai pakaian yang nipis yang masih menampakkan kulit atau bayangan tubuh mereka. Mereka berpakaian pada nama, namun telanjang pada hakikatnya.


2. Memakai pakaian yang menutup sebahagian aurat dan mendedahkan sebahagian lagi (yakni tidak menutupkan secara menyeluruh kawasan aurat yang wajib ditutup).

3. Memakai pakaian yang ketat atau sendat hingga menampak bentuk tubuh.
Berkenaan dengan hal tersebut, Imam Ahmad telah meriwayatkan dalam Musnadnya?dengan sanad yang agak lemah dari Usamah bin Zaid RA seraya berkata,?”Suatu ketika Rasulullah SAW memberiku pakaian buatan daerah?Qibthi iaitu salah satu jenis pakaian dan aku memakaikannya kepada istriku, maka?Rasulullah SAW bersabda, “Perintahkanlah kepadanya supaya memakai kain tebal di bawahnya (sebagai?lapisannya), karena aku khuatir lekuk tulang-tulangnya akan tampak.” 
Hadis riwayat Ahmad?(21279)


Dan disebabkan seluar legging ini jugalah, timbul kontroversi yang menggemparkan seluruh malaysia berhubung dengan isu legging yang di pakai oleh ikon kepada remaja-remaja pada dekat ini apabila dua personaliti iaitu penyanyi Yuna dan pelajar cemerlang, Nur Amalina Che Bakri ‘dikesan’ pernah memakai seluar yang sama.Hurmmm....

 Kesimpulannya disini, pemakaian legging amatlah ditegah sama sekali. Leggings memang cantik,  menjadikan kita nampak sexy & rasa sexy…tapi pakai dalam rumah depan suami cukuplah...jika perkara ini di aplikasikan diluar rumah depan khalayak umum & di lihat oleh golongan bukan muhrim akan menggundang pelbagai perkara yang tidak elok kepada SI PEMAKAI & DAPAT MENGUNDANG FITNAH...wanita ni xsemestinya perlu berpakaian sexy untuk kelihatan cantik,cukuplah dengan berpakaian menutup aurat seperti berbaju kurung ke ape2 jew la yang tidak menampakkan bentuk badan kerana golongan yang seperti ini lebih menjadi perhatian golongan lelaki untuk di jadikan CALON ISTERI & CALON IBU KEPADA ANAK2 MEREKA KELAK..

kalau xpercaya try la anda semua make something resurch sendiri dengan bertanya kepada kaum lelaki tentang macam mana TASTE diaorang semua mengenai wanita yang menjadi pilihan mereka nanti...wanita yang seksi ni bukan tidak mendapat perhatian lelaki tetapi mereka ini hanya sesuai untuk di jadikan ALAT UNTUK DIPERMAINKAN SAHAJA..true or not try la tgok awek-awek dekat club2 macam mana penampilan mereka..cukuplah saya cakap macam2 sahaja sebab anda akan dapat imaging dengan sendiri bagaimana kan..hehehehe...jadi pakat2 lah kita muhasabahkan diri sendiri dengan perkara ini Kerana ianya seolah-olah benar seperti apa yang dimaksudkan oleh hadis nabi SAW, wanita berpakaian namun telanjang. 

Fesyen itu tidak salah. Namun salah memilih cara berfesyen itulah membuatkan diri dimurkai. Jangan kerana fesyen, maruah tergadai kerana pandangan lelaki ni mempunyai 1001 macam pandangan apabila memandang wanita yang sukar untuk kita sebagai golongan wanita ini tafsirkan maksud di sebalik pandangan itu...jadi, be carefully apabila mengenakan whatever fesyen di badan anda sebelum ianya di jadikan tontonan umum..wallahhualam:)


Friday 6 January 2012

Hakikat Sebuah Cinta

Gagal bercinta barangkali kegagalan yang paling meruntun kesedihan. Agaknya lebih ramai orang menangis akibat gagal bercinta daripada kematian ibu bapa. Alangkah besarnya bahana gagal cinta kerana ia digambarkan dalam filem sebagai langit yang tiba2 bertukar kelabu, pokok2 menggugurkan daunnya hingga gondol, petir menyambar dan rebut pun terjadi.hahahaha begitu pelik sangat bahana cinta manusia ni kan..hurmmmm

Hampir semua orang mengalami gagal bercinta. Sebenarnya ia bukanlah cinta, sekadar suka, bahkan orang yang disukai itu sendiri pun tak tahu dia disukai.Tetapi orang yang telah jatuh berahi menganggapnya cinta dan apabila dia tak mendapat layanan setimpal dia menganggapnya sebagai gagal bercinta. Dia pun menangis bagaikan langit kehilangan matahari. Dunia dirasakan kelam. Dia tak melihat sebarang cahaya yang boleh menerangi lagi bagai semua tidak berfungsi lagi di atas dunia tanpa cinta tersebut...perhhh hebatnya penangan cinta manusia....

Pada mereka yang benar2 bercinta kemudian mengalami kegagalan, ya, mungkin mereka lebih munasabah untuk meratapinya. Namun, kenapa mesti berasa begitu hina oleh kehilangan cinta?

Cinta hanyalah pada makhluk – ia menyimpan sejuta kelemahan yang tersembunyi dan disembunyikan. Mengapa berasa sangat sedih oleh kegagalan cinta. Dia hanya manusia, penuh kelemahan dan serba kekurangan. Mengapa mesti terlalu berpatah harap. Dia tak terkecuali dari ditimpa musibah, diulit penyakit, digelut usia tua.Mengapa hingga sanggup melupakan nikmat menyintai Tuhan hanya oleh manusia – kalaupun terlalu kacak, bakal hilang kekacakannya, kalaupun terlalu cantik, bakal hilang kecantikannya, kalaupun terlalu kaya, bakal pergi semua kekayaannya, kalaupun terlalu sihat, bakal pergi menghadap Ilahi.
Cinta itu nikmat, mengapa mesti derita oleh cinta. Kegagalan cinta bukanlah penhujung dunia. Cinta hanyalah perasaan, kadang2 di situlah bertandangnya syaitan. Mengapa tak dapat faham bahawa cinta manusia tak akan ke mana2, yang kekal abadi adalah kecintaan tehadap Ilahi.

Mengapa kamu tak boleh menangis tatkala kehilangan cinta terhadap Ilahi? Mengapa kamu berfikir nak membunuh diri semata-mata oleh cinta manusia durjana yang tidak tahu & pandai menghargai diri mu seadanya?

Tahukah kamu, sewaktu kamu merasai gagalnya cinta, syaitan semakin kuat tertawa kerana kamu hampir kehilangan iman hanya disebabkan seorang manusia,sedangkan kegagalan mendapatkan kasih sayang Tuhan patut lebih diratapi. Pernahkah kamu menangis mengharapkan cinta Ilahi? Tidakkah kamu berasa malu menangis oleh gagalnya cinta terhadap manusia sedangkan Allah lebih utama untuk kamu tangisi taufik dan hidayah-Nya?Ketahuilah jika kamu mencintai Tuhan mu lebih dari segala2nya ianya tidak pernah akan mengecewakan mu dalam apa jua keadaan & tidak akan meninggalkan mu walau setiap saat mu hidup di dunia...jd mana yang lebih hebat????tepuk dada tanya iman mu wahai sahabt ku...


Cinta itu indah, usah dicemari oleh perilaku yang salah. Cintailah Allah sebagai keutamaan kamu, kemudian cintailah Nabi berikutnya, ibu ayah selepas itu, guru dan juga ilmu sebagai kecintaanmu yang keempat dan kelima dirimu sendiri.Cintailah dirimu sebab nasib kamu di akhirat ditentukan oleh sejauh mana kamu mengasihi dan menyayangi diri sendiri.Cinta seorang lelaki kepada seorang wanita sukar untuk ditafsirkan oleh akal. Perasaan kasih dan sayangnya jarang diluahkan secara zahir, namun sebenarnya ia sentiasa mekar dan luhur.
 
Laluan kedua pada cinta yang gagal adalah lupakanlah cinta itu dan binalah yang baru. Siapa tahu dia adalah lebih baik dari yang sebelumnya. Izinkan diri kamu bercinta lagi. Andainya kamu dah tak nak bercinta lagi, jadikanlah Allah sebagai tujuan hidup dan cintamu yang agung dan terakhir. 


PETUA IMAM SYAFIE


Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

=====>>>>doa.
=======>>>zikir.
itulah kekuatan seorang muslim :)


Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal. ♥sharing is caring ♥
tarbiah,dakwah & kehidupan :) kami tidak mencari kemasyuran itu tapi kami hanya mengharapkan bekalan untuk disana nanti ♥